LAMAN UTAMA
Perhatian kepada pelajar PPG Kohort 1 & 2 PDF Print E-mail

PENGUMUMAN 1

(Perhatian kepada semua pelajar PPG Kohort 2)

Taklimat Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) PPG Peringkat 2 bagi pelajar Kohort 2:

Tarikh :  21 April 2013 (Ahad) - TELAH DITANGGUHKAN KE TARIKH LAIN YANG AKAN DIUMUMKAN KEMUDIAN

Masa :   0830-1130

Tempat :  Dewan Kenanga, IPGK Rajang

Pakaian :   Formal

PENGUMUMAN 2

(Perhatian kepada semua pelajar PPG Kohort 1 dan Kohort 2)

Sila hantar Folio BIG Peringkat 1 kepada penilai anda masing-masing pada atau sebelum 30 April 2013 (WAJIB)

Sekian harap maklum dan terima kasih di atas perhatian anda semua.


Penyelaras BIG
5 April 2013

 
Kursus Asas Fotografi PDF Print E-mail

Kursus Asas Fotografi

Kursus Asas Fotografi anjuran Unit Khidmat Pengurusan telah diadakan dengan jayanya pada 3 April 2013 yang lepas bertempat di Dewan Kenanga, IPGK Rajang. Penceramah bagi Kursus Asas Fotografi ini ialah Encik Nin Bin Nabari dan seramai 36 orang staf telah menyertainya.


 
Sambutan Pesta Angpau 2013 PDF Print E-mail

Pesta Angpow 2013

Sambutan Pesta Angpau 2013 anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Bahasa telah diadakan dengan jayanya pada 1 Mac yang lepas bertempat di Dewan Sri Rajang. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Pengarah IPG Kampus Rajang iaitu Encik Raymond Gai Panting @ Gaie. Antara acara yang diadakan termasuklah persembahan Koir, Nyanyian Lagu, Tarian 1 Malaysia dan Cabutan Bertuah. Sambutan ini berakhir dengan jamuan makan tengah hari. Sila merujuk kepada Galeri Gambar untuk melihat gambar yang berkaitan dengan sambutan ini. 

 
Aktiviti Gotong-royong Program My Beautiful Malaysia Bahagian Sarikei PDF Print E-mail

Gotong-royong Program My Beautiful MalaysiaBahagian Sarikei

Seramai 32 orang pelajar IPGK Rajang telah menyertai aktiviti gotong-royong program My Beautiful Malaysia, Bahagian Sarikei yang dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Sarikei pada 3 Februari 2013 yang lepas. Program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sarikei (P208), YB Tuan Ding Kuong Hiing. Para peserta dari pelbagai pertubuhan/ persatuan/ kelab telah datang beramai-ramai untuk memberi sokongan. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada beberapa zon pembersihan. Peserta dari IPGK Rajang telah ditempatkan di Zon D, iaitu membersihkan kawasan dari Terminal Bot Ekspres sehingga ke Pasar Raya Everwin. Untuk pelaporan dan galeri yang lebih lanjut, sila klik sini.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Page 2 of 5

Webmaster Login



Pilihan Bahasa

Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Carian

Kalendar


Pengumuman



Mutiara Kata

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."


Undian

Pendapat anda tentang Pejabat Am baru?
 

Kaunter Portal


mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini2
mod_vvisit_counterSemalam379
mod_vvisit_counterMinggu Ini2
mod_vvisit_counterMinggu Lepas13196
mod_vvisit_counterBulan Ini44879
mod_vvisit_counterBulan Lepas26393
mod_vvisit_counterKeseluruhan527707

Tarikh Kemaskini

  22. 05. 2013 11:19 AM