LAMAN UTAMA PROFIL Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Latihan Dalam Perkhidmatan PDF Print E-mail

Pengenalan

Pengenalan

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah salah satu bahagian untuk melaksanakan program-program kemajuan staf bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan pendidikan keguruan secara profesional, cekap dan berkesan agar para pendidik sentiasa berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru (FPG), Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Unit LDP IPG Kampus Rajang merancang dan menyelaras kursus-kursus secara dalaman mahunpun luaran. Program-program yang pernah dan sedang dilaksanakan ialah Latihan Pembangunan Staf (LPS), Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP 14 M/6M/2M/1M), KDP 14 M Prasarjana Muda Pengajaran KPM-OUM, Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu Tahun, Kursus Latihan Guru Bestari, Program Peningkatan Profesionalisme guru sekolah pedalaman (Projek Model Pensiangan-Salinatan) Program Kelas Intervensi Awal Membaca Menulis (KIA 2M) untuk sekolah-sekolah orang Asli dan Teaching School. Program-program ini dilaksanakan dengan usahasama dan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Wilayah Persekutuan dan Putrajaya serta Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak.

Program-program LDP IPGKR disediakan untuk dua kumpulan sasaran utama. Sasaran pertama terdiri daripada semua staf akademik dan bukan akdemik. Kumpulan kedua adalah guru-guru dalam perkidmatan sekolah menengah dan sekolah rendah di PPD Sarikei, Julau, Meradong, Selangau, Sibu, Kanowit, Song, Mukah, Kapit dan Saratok (2010). Program-program LDP yang dilaksanakan adalah laluan dan usaha untuk mempertingkatkan profesionalisme dan martabat bidang perguruan sebagai satu profesion yang senantiasa dihormati dan disanjung tinggi selaras dengan tuntutan masa kini dan masa depan.


VISI

Memberi latihan berterusan yang berkualiti, kemas kini dan berterusan ke arah meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan.

MISI

Memberi latihan dan pendidikan berkualiti dalam melaksanakan sistem pendidikan guru yang berkualiti kepada staf akademik, staf bukan akdemik, guru-guru dalam perkhidmatan untuk melahirkan insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, berterampilan, dinamik dan inovatif bagi merealisasikan aspirasi KPM dalam menyesuai dan memperkembangkan diri  terhadap perubahan-perubahan terkini dalam dunia pendidikan.

TAFSIRAN

Perkembangan Profesional

Setiap ahli pendidik memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tugas pengajaran-pembelajaran. Adalah menjadi tanggung jawab setiap individu untuk berusaha memperkembangkan serta meningkatkan  pengetahuan  dan kemahirannya sejajar dengan perubahan terkini dalam dunia pendidikan. Usaha sedemikian dilihatkan sebagai perkembangan profesional individu dan suatu usaha peribadi yang berterusan serta memaparkan semangat, komitmen dan kematangan individu terhadap profesionnya.


Pembangunan Staf

Institut bertanggungjawab melaksanakan segala dasar dan arahan yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemampuan untuk melaksanakan dasar-dasar kementerian adalah terletak pada bahu semua staf dalam institusi. Justeru itu, latihan pembangunan staf disediakan bertujuan untuk melatih staf akademik dan staf bukan akademik dalam bidang baru mengikut keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru dan juga Institut Pendidikan Guru. Selain memberi fokus kepada bidang baru, latihan pembangunan staf juga merupakan tapak untuk melatih semula atau mengingatkan semula para staf mengikut bidang kerja masing-masing. LDP bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan semua staf dalam melaksanakan tugas yang mereka.


MATLAMAT LATIHAN

Merancang, melaksana dan menguruskan program-program latihan dalam perkhidmatan dengan memastikan  mengikut tatacara yang ditetapkan dan mengambilkira peruntukan yang diterima bagi memenuhi keperluan kepakaran untuk bidang tugas kepada pensyarah, staf dan guru-guru dalam perkhidmatan supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen, beretika dan berintegiriti.


OBJEKTIF

1. Merancang kursus bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran profesionalisme pensyarah untuk perkembangan potensi kendiri secara menyeluruh dan berterusan selaras dengan aspirasi negara,

2. Mengadakan kursus motivasi untuk semua staf bagi meningkatkan produktiviti kerja masing-masing dalam  memantapkan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum pendidikan guru,

3. Memberi peluang kepada setiap pensyarah dan staf  meningikuti kursus, seminar atau bengkel bagi meningkatkan    keupayaan diri dan memantapkan peningkatan kepimpinan pedagogi masing-masing,

4. Menanam sikap positif di kalangan semua pensyarah dan staf sokongan supaya mutu kerja dapat dipertingkat,

5. Mendedahkan pensyarah kepada isu-isu dan kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam  memperkasakan budaya ilmu untuk menghadapi cabaran semasa,dan

6. Meningkatkan  kerjasama  pensyarah-pensyarah dan staf sokongan dalam melaksanakan tugas dan mengukuhkan  semangat kerja berpasukan yang berintegiriti.


PENDEKATAN LATIHAN

1. Program latihan dirancang bersesuaian dengan kumpulan sasaran berdasarkan matriks kompetensi kumpulan sasaran. Pendekatan andragogi digunakan dengan merangkumi ciri-ciri berikut:-

2. jurulatih/penceramah memainkan peranan sebagai fasilitator.

3. latihan berfokus kepada keperluan & tahap kompetensi peluang terbuka untuk bertuk  fikiran, berkongsi pengalaman dan kemahiran sesama ahli kumpulan sasaran.


Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (2011)

alt 


Aktiviti Terkini

Thirty teacher participants attended a 3-day MBI EP Phase 4 course at PKG Meradong on 25-27 Jul 2011 under the facilitation of Mr Loh Chen San.  

"Phase 4 is a consolidation phase where teachers will be given a chance to use the language skills that have been developed through previous phases. An exhibition planned for school pupils will provide an authentic context for teachers to develop materials and use oral and written language appropriately."

alt src=http://www.ipgkrajang.edu.my/images/stories/unit_latihan/voodoo.jpg

alt src=http://www.ipgkrajang.edu.my/images/stories/unit_latihan/kundasan.jpg

 alt src=http://www.ipgkrajang.edu.my/images/stories/unit_latihan/music-of-the-world.jpg

 alt src=http://www.ipgkrajang.edu.my/images/stories/unit_latihan/out_door_activities_2.jpg

alt src=http://www.ipgkrajang.edu.my/images/stories/unit_latihan/food.jpg


Kursus English Proficiency (SR) yang disertai oleh 30 orang peserta guru dari PPD Kanowit dan Selangau telah berakhir pada 15.7.2011 di bawah bimbingan  2 orang fasilitator kursus iaitu Encik Wong Lee Tung dan Encik Ling Hau Ching.

Kursus 4 Fasa ini dijalankan dalam 2 peringkat iaitu Fasa 1 & 2 di Hotel Premier, Sibu dan Fasa 3 & 4 di Hotel RH, Sibu yang setiap peringkatnya selama seminggu. 


alt src=http://www.ipgkrajang.edu.my/images/stories/unit_latihan/ep-selangau-sibu-11.jpg


alt src=http://www.ipgkrajang.edu.my/images/stories/unit_latihan/dr-fatimah-memantau-hotel-premier-sibu-2011.jpg


 

Webmaster Login



Pilihan Bahasa

Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Carian