Pameran PSV 2011 PDF Print E-mail

alt

Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang (IPGKR) telah menganjurkan satu Pameran Manifestasi Idea Seni Visual di Bilik Seni, IPGKR pada 12 Oktober 2011.  Pameran ini mempamerkan hasil kerja dan pengaplikasian kemahiran seni pelajar PPISMP (PSV) sepanjang 3 semester yang merangkumi karya seni halus seperti catan, lukisan dan arca serta kraftangan tradisional seperti wau dan anyaman. Terdapat pelbagai aktiviti seni yang telah disediakan seperti arca ringkas, ‘tie and dye’ dan pualaman yang boleh menarik minat para pengunjung yang datang.

Last Updated on Wednesday, 02 November 2011 13:39
 
Pertandingan Drama Piala Ketua Menteri PDF Print E-mail

The staff and students of Teacher Education Institute Rajang Campus (IPGKR) here in Bintangor are on cloud nine after they had won  the Chief Minister’s Cup in the just concluded 10th Inter IPG Sarawak Zone Drama Competition in Miri. The contest, themed “Shining Jewels”, was held from October 1 to 5. Beside adjudged as the overall champion , IPGKR also captured four out of eight categories competed during the drama festival, being the Best Director, Best Script, Best Actress and Best Supporting Actress.

alt

The champion team received a cash prize of RM2500 and the Chief Minister trophy. The winners were honoured once again during the monthly assembly in the campus.

alt

The winners posed with the IPG Director En. Raymond Gai Panting ( center ), flanked by En. Wan Mohd Madehi (3rd from right), Jessica Musa (2nd from right) and Merina Akim (2nd from left).

 
Seminar Sains Sukan 2011 PDF Print E-mail

alt

Seminar Penyelidikan Pendidikan Jasmani & Sains Sukan Sarawak 2011 anjuran Jabatan PJK, IPG Kampus Rajang (IPGKR) bersama 16 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) IPGKR yang major PJ Semester 8 telah diadakan dengan jayanya di Dewan Sri Rajang, IPGKR pada 1-2 Oktober yang lepas. Antara yang menjadi ahli panel seminar tersebut adalah PM Dr. Jabar Hj. Johari, PM Dr. Wee Eng Hoe, Dr. Balbir Singh Gill, Dr. Chen Chee Keong serta En. Muhtasham Katan.  Untuk makluman, seramai 150 peserta yang terdiri daripada guru-guru PJ dan guru-guru pelatih dari 4 buah IPG Zon Sarawak telah menghadiri seminar tersebut.

alt 

Majlis perasmian penutupan seminar tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Rajang, Encik Raymond Gai Panting@Gaie pada 2 Oktober 2011.

Last Updated on Wednesday, 19 October 2011 12:27
 
Seminar PSV 2011 PDF Print E-mail

alt

Pada 30 September 2011 (Jumaat) yang lalu, Jabatan Sains Sosial telah mengelolakan Seminar Penyelidikan Tindakan. Seramai 19 orang pelajar Semester 8 dari kumpulan PISMP PSV Ambilan Januari 2008 telah berjaya membentangkan 19 hasil kajian  Tindakan Penyelidikan Pendidikan Seni Visual Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang yang bertemakan Amalan Penyelidikan Teras Transformasi Pengajaran Pendidikan Seni Visual iaitu bertempat di Dewan Kenanga IPG Kampus Rajang. Program seminar sehari ini telah bermula dari pukul 7.15 pagi sehingga pukul 4.00 petang dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Rajang, Encik Raymond Gai Panting @ Gaie.Pasukan penilai bagi pembentangan seminar ini diketuai oleh Encik Subandi Bin Kasidan, dari Jabatan PIPK serta Puan Aliza Binti Anthony Abet dan Encik Augustine Mapang Anak Raoh, pensyarah dari Jabatan Sains Sosial.

Last Updated on Saturday, 15 October 2011 03:30
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 1 of 8

Kalendar


Pengumuman

Mutiara Kata

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur”


Undian

Pendapat anda tentang laman web ini?
 

Kaunter Portal